The Straits Times lapor Lembaga Pengampunan bersidang semula pada Jumaat

Iklan
Najib Tun Razak

SHAH ALAM - Permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibincangkan semula oleh Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 18 September, hanya seminggu selepas perkara itu ditangguhkan.

Menurut laporan The Straits Times, mesyuarat berkenaan akan diadakan semula dengan hanya satu perkara dalam agenda, iaitu permohonan pengampunan Najib.

Iklan
Iklan

Sumber rasmi yang dipetik akhbar itu memberitahu, mesyuarat berkenaan sebagai sesuatu yang luar biasa kerana penjadualan sesi sedemikian lazimnya merupakan prerogatif cabang eksekutif.

“Ini langkah yang sangat jarang berlaku. Secara tiba-tiba, Lembaga Pengampunan akan mengadakan satu lagi mesyuarat dengan hanya satu perkara dalam agenda.

Iklan

Bagaimanapun, sumber berkenaan tidak dinamakan atas faktor sensitiviti perkara tersebut.

Pada minggu lepas, media melaporkan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri itu ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

Iklan

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung di Istana Negara pada Jumaat.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ke-64 menjadi tumpuan ramai susulan permohonan pengampunan Najib yang sebelum ini menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam proses pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri berkenaan.

Najib,73, sebelum ini telah memohon pengampunan diraja selepas disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara dalam kes SRC International.