Foto Taecyeon tersebar, syarikat foto mohon maaf

Iklan
Antara foto Taecyeon bersama kekasih hati di Paris yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu.

PENYEBARAN gambar romantis ahli kumpulan 2PM iaitu Taecyeon bersama kekasih hati di Paris sejak beberapa hari lalu telah mengejutkan peminat.

Terbaharu, syarikat fotografi yang bertindak merakamkan saat manis itu di Paris tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Iklan
Iklan

Menerusi kenyataan yang dibuat menerusi akaun Instagram mereka, syarikat berkenaan memaklumkan tidak berniat untuk mendedahkan kehidupan peribadi bintang berusia 36 tahun itu.

"Sehingga semalam (5 Februari), kami tidak mengetahui bahawa dia adalah selebriti di Korea. Mereka membuat tempahan sebagai pelanggan biasa.

Iklan

"Kami tidak menghubungi mereka langsung selain daripada menghubungi pelanggan tetap, dan kami tidak menerima sebarang permintaan untuk tidak mengeluarkan foto tersebut. Kami memuat naik foto tanpa sebarang niat untuk mendedahkannya," ujar syarikat berkenaan.

Bukan itu sahaja, gambar tersebut telah dimuat naik menerusi akaun Instagram syarikat itu sejak April tahun lalu dan mereka terkejut apabila foto itu mula tular sejak Selasa lalu.

Iklan

"Kami tidak menyebut nama mereka apabila gambar itu dikeluarkan. Mereka hanyalah satu siri gambar yang cantik dan memberi inspirasi," jelas mereka lagi.

Syarikat tersebut menyatakan bahawa mereka telah meminta maaf kepada Taecyeon dan teman wanitanya serta memohon maaf secara terbuka.

"Kami tidak pernah berniat untuk mendedahkan wajah teman wanitanya. Setelah menyedari situasi yang memalukan ini, kami segera menurunkan foto tersebut, tetapi ia telah dikongsi oleh ramai orang.

"Kami tidak pernah menghantar foto ini kepada sesiapa dan tidak akan melakukannya," katanya.

Terdahulu, gambar romantis pemilik nama sebenar Ok Taec-yeon bersama kekasihnya di depan Menara Eiffle telah mengundang spekulasi ramai.

Rata-rata peminat menyangka Taecyeon telah melamar kekasihnya, bagaimanapun agensi lelaki itu menafikan segala spekulasi.

"Berita tentang perkahwinan itu tidak benar! Dia hanya mengambil gambar untuk meraikan hari jadi teman wanitanya.

"Dia dan teman wanitanya masih bercinta seperti biasa dan walaupun mereka mungkin akan berkahwin apabila tiba masanya. Mereka tidak mempunyai rancangan untuk segera berkahwin," ujar agensi terbabit.

Untuk rekod, Taecyeon dan kekasihnya mula bercinta sejak 2020 tetapi sebelum ini wajah wanita tersebut dirahsiakan daripada peminat.