PVATM kembang sayap bidang perhotelan, makanan

Iklan
PVATM mengorak langkah dalam bidang keterjaminan makanan bagi menjana ekonomi persatuan itu.

PERSATUAN Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) mengorak langkah dalam bidang keterjaminan makanan bagi menjana ekonomi persatuan itu yang keuntungannya akan disalurkan untuk kebajikan ahli.

Presidennya, Datuk Sharuddin Omar berkata, PVATM perlu terus relevan dan tidak boleh bergantung serta bersandarkan kepada satu pihak atau kerajaan semata-mata khususnya dalam soal kebajikan veteran ATM.

Iklan
Iklan
Sharuddin (kanan) menunjukkan harga sekilogram ayam segar.

"Berikutan itu kita wujudkan aktiviti berteraskan keuntungan dengan membuka jualan ayam segar di samping membuka peluang kepada ahli menjadi rakan niaga sekali gus dapat menjana pendapatan masing-masing.

Kata Sharuddin, selain ayam segar yang dijual dengan harga RM7.50 sekilogram (kg), pihaknya juga mengeluarkan produk ayam sedia dimasak antaranya ayam perap.

Iklan

"PVATM telah berkolaborasi dengan Maharani Infinity Technology Sdn Bhd untuk tujuan berkenaan yang projek ini dikendalikan oleh Digital Entrepreneur Country Club (DCC) bagi membantu menguruskan produk kita," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu selain produk makanan, PVATM juga sedang mengusahakan bidang perhotelan bagi menambah sumber pendapatan PVATM.

Iklan

"Terdapat dua hotel PVATM yang dalam pengubahsuaian iaitu di Paroi yang mempunyai 150 bilik manakala di Kuala Lumpur mempunyai 330 bilik.

"Sewaan hotel ini turut diberikan kepada jabatan atau kementerian kerajaan yang memerlukan penginapan atau untuk mengadakan kursus," katanya.