KUANTAN - Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Batu 9, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan dijangka siap hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar ketika dihubungi Bernama berkata, buat masa ini BSKU masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan bangkai helikopter itu akan dibawa keluar selepas siasatan selesai dijalankan.