Srikandi Bersatu giatkan program Jejak Asnaf
Iklan
Hidatul Syuhada (dua, kanan) menyerahkan sumbangan lampin pakai buang dan juga keperluan harian kepada Som ketika mengunjungi rumah sewanya di Kampung Tok Adis, Kuala Ibai, di sini. Hadir sama, Ketua Cawangan Bersatu Kuala Ibai, Abdul Wahab Awang (dua kiri).
KUALA TERENGGANU - Srikandi Bersatu Kuala Terengganu akan mempergiatkan program Jejak Asnaf sebagai salah satu usaha membantu golongan asnaf yang memerlukan terutamanya di sekitar Kuala Terengganu.
Ketuanya, Hidatul Syuhada Ahmad Rozi berkata, pihaknya kini dalam usaha untuk menubuhkan tabung khas bagi membantu meringankan beban golongan berkenaan.
Iklan
Iklan
"Kami dalam usaha menubuhkan satu tabung khas yang akan dipantau di bawah Biro Kebajikan agar dapat menyediakan bantuan segera kepada mereka yang memerlukan.
"Sementara itu, kami mengambil mencari inisiatif sendiri mendapatkan sumber bantuan termasuk sumbangan peribadi daripada barisan jawatankuasa Srikandi Bersatu bagi menyediakan bantuan kepada golongan asnaf yang berjaya dijejaki," katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Beliau berkata sedemikian ketika mengunjungi sebuah rumah sewa yang didiami seorang warga emas, Som Abdullah, 68, yang sakit terlantar di Kampung Tok Adis, Kuala Ibai, di sini, hari ini.
Hidatul Syuhada berkata, pihak Srikandi Bersatu akan membantu keluarga warga emas ini dengan cuba memohon bantuan yang layak dalam tempoh terdekat ini.
Iklan
Ibu kepada lima anak itu kini hanya mampu terbaring akibat patah tulang punggung selepas terjatuh, lima bulan lalu.
Akibat itu, Som yang bergantung harap sepenuhnya kepada anak-anak untuk menguruskan diri memerlukan perbelanjaan yang agar besar setiap bulan untuk membeli keperluan lampin pakai buang.
"Saya tidak mempunyai pendapatan tetap bulanan dan tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan.
"Selama ini pun, saya hanya bergantung harap pada anak-anak yang hanya bekerja sendiri, merekalah yang berkorban menghulurkan duit belanja bulanan termasuk bayar sewa rumah RM500 sebulan," katanya.
Lebih malang, suaminya, Che Rashid Arshad, 68, kini terpaksa ditahan di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, kerana menghidap penyakit usus.
"Suami saya pula kini ada di wad dan baru sahaja menjalani pembedahan usus. Jadi dia juga perlu dipakaikan lampin pakai buang kerana tidak boleh bergerak," katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal