Liverpool langgar habis Tottenham di Anfield

Iklan
Salah antara pencetak gol Liverpool di Anfield. Foto Agensi

[DIKEMAS KINI] PENYANDANG juara Liverpool menempah tiket perlawanan akhir ke Wembley selepas menewaskan Tottenham Hotspur dengan agregat 4-1 dalam aksi separuh akhir kedua Piala Liga yang berlangsung di Stadium Anfield.

Liverpool kendalian Arne Slot yang melayan Tottenham bimbingan Ange Postecoglou yang berbekalkan kemenangan 1-0 terlebih dulu mematikan kelebihan pelawat dengan gol Cody Gakpo minit ke-34.

Iklan
Iklan

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu kemudian meningkatkan tekan apabila Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti menewaskan penjaga gol Spurs, Antonin Kinsky pada minit ke-51.

Kemenangan itu membolehkan Liverpool berdepan Newcastle United bimbingan Eddie Howe dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley yang dijadualkan pada 16 Mac.

Iklan

Newcastle sebelum itu mara ke final selepas menewaskan saingan Tottenham di utara London, Arsenal dengan agregat 4-0 untuk memastikan final kedua The Magpies dalam tiga tahun.

Iklan