KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan dari Thailand apabila merampas sebuah lori yang membawa pelbagai jenis anak pokok bunga bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang, pada Rabu.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan itu dilakukan selepas sepasukan anggota Batalion 8 mengesan sebuah lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.