Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam
Iklan
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup secara berperingkat mengikut keadaan semasa mulai tengah malam Ahad ini sehingga 14 Februari, sempena sambutan Thaipusam.
GOMBAK - Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup secara berperingkat mengikut keadaan semasa mulai tengah malam Ahad ini sehingga 14 Februari, sempena sambutan Thaipusam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penutupan jalan tersebut bertujuan memastikan kelancaran lalu lintas di kawasan berkenaan, berikutan kehadiran ramai pengunjung ke kuil itu sepanjang sambutan tersebut.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, jalan yang terlibat termasuk lampu isyarat Kampung Melayu ke Batu Caves, susur daripada arah Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Kuil Batu Caves, Jalan Perusahaan ke Kuil Batu Caves, serta susur MRR2 dari Sri Gombak ke Susur Perusahaan.
"Turut ditutup ialah simpang tiga Jalan Seri Batu Caves 8/Jalan Batu Caves Lama, simpang tiga lampu isyarat Sri Batu Caves dan Jalan Susur Batu Caves Bypass menghala ke pintu utama Kuil Batu Caves,” katanya dalam sidang media Op Palu sempena Thaipusam di Batu Caves, pada Khamis.
Iklan
Hussein berkata, hebahan penutupan jalan berkenaan juga akan dibuat menggunakan papan iklan elektronik dari arah Bulatan Batu Caves dan juga di laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
Mengulas lanjut, Hussein berkata, 1,306 anggota polis akan ditugaskan bagi memastikan keselamatan semasa perayaan Thaipusam.
Iklan
Beliau berkata, penugasan anggota dan pegawai polis daripada Kontinjen Selangor, Kuala Lumpur dan beberapa lagi kontinjen berhampiran itu akan bermula pada 10 malam Sabtu ini sehingga perayaan berkenaan selesai pada 14 Feb.
Beliau turut menasihati pengunjung yang membawa kenderaan sendiri ke Kuil Batu Caves agar meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang dibenarkan dan memastikan kenderaan mereka dikunci.
"Kawasan Kuil ini juga merupakan kawasan larangan penerbangan dron, mereka yang hendak menerbangkan dron hendaklah membuat permohonan dan mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia,” katanya. - Bernama
Kerajaan Selangor mengambil langkah awal untuk menamatkan sepenuhnya kaedah penternakan babi secara tradisional di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang terbukti mencetuskan pencemaran, sebelum beralih kepada konsep penternakan moden yang diusahakan oleh pihak swasta.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendekatan itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu isu pencemaran akibat aktiviti penternakan di Tanjung Sepat, Kuala Langat ditangani segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763821/edisi/selangor-kl/selangor-tutup-kaedah-penternakan-babi-tradisional-cemar-sungai-alam-sekitar---amirudin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com