Taecyeon 2PM nafi bakal kahwin, hanya sambut hari lahir kekasih

Iklan
Tular beberapa keping gambar Taecyeon seolah-olah sedang melamar kekasih di Paris.

PENYANYI dan pelakon Korea, Ok Taec-Yeon menafikan khabar angin bakal berkahwin dengan teman wanitanya susulan tular beberapa keping gambar dia melamar wanita itu di Paris, Perancis.

Kenyataan itu dikeluarkan menerusi agensinya, 51K yang mengatakan Taecyeon, 38, sekadar menyambut ulang tahun kelahiran teman wanitanya, tidak lebih daripada itu.

Iklan
Iklan

"Dia cuma mengambil foto sempena hari lahir teman wanitanya.

Taecyeon, 38, sekadar menyambut ulang tahun kelahiran teman wanitanya, tidak lebih daripada itu.


Sebelum ini, satu komuniti dalam talian memuat naik hantaran mendakwa pasangan berkenaan sudah berkahwin secara rahsia pada tahun lalu.

Iklan

Difahamkan, foto pasangan terbabit yang tersebar di media sosial dimuat naik jurugambar di Paris.

Gimik anggota kumpulan 2PM tersebut memberikan cincin sambil melutut seakan-akan ingin melamar teman wanitanya menguatkan lagi desas-desus perkahwinan mereka.

Iklan

Bagaimanapun, jurugambar terbabit kemudiannya memadam hantaran berkenaan.

Penyanyi dan pelakon, Ok Taec-Yeon. Foto Agensi

Pelakon Vicenzo itu mengesahkan menjalin hubungan cinta dengan wanita bukan selebriti pada 2020.

Taecyeon turut memohon maaf sebaik berkongsi berita mengejutkan itu.