Lelaki hilang ketika cari siput di pantai

Iklan
Anggota bomba menunjukkan lokasi seorang lelaki dilaporkan hilang ketika mencari siput di Pantai Kebagu, di Kota Kinabalu pada malam Rabu.

KOTA KINABALU - Seorang lelaki dilaporkan hilang ketika mencari siput di Pantai Kebagu, di sini pada malam Rabu.

Dalam kejadian jam 9.30 malam, lelaki berusia 45 tahun itu hanya disedari hilang oleh bapa mentuanya selepas kira-kira satu jam lebih mereka mencari siput di pantai berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.14 pagi Khamis.

Katanya, seramai tujuh anggotanya dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 20 kilometer dari BBP Kota Kinabalu.

Operasi SAR dijalankan pasukan bomba bagi mencari mangsa hilang ketika mencari siput di Pantai Kebagu, Kota Kinabalu.

Iklan

"Menurut pengadu, mereka berdua keluar mencari siput pada jam 8 malam dan mangsa disedari hilang pada jam 9.30 malam selepas selesai mencari siput.

"Pasukan bomba kini berada di lokasi bagi mendapatkan maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Katanya lagi, maklumat terkini akan dikemas kini dari masa ke masa mengenai pencarian mangsa di lokasi kejadian.