YBR agih sumbangan berjumlah RM52,500 kepada 350 keluarga B40

Iklan
Faizah (dua dari kanan) menyerahkan bakul makanan kepada penerima sumbangan di Majlis Penyampaian Ihsan Madani di Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis.

KANGAR - Yayasan Bank Rakyat (YBR) mengagihkan sumbangan bakul makanan berjumlah RM52,500 kepada 350 keluarga isi rumah B40 di sekitar Kedah dan Perlis.

Penerimaan bantuan itu disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datin Faizah Ariffin sempena Majlis Penyampaian Ihsan Madani di Hotel Seri Malaysia, di sini.

Iklan
Iklan

Faizah berkata, bantuan tersebut diutamakan kepada mereka yang memerlukan terutamanya di kalangan keluarga B40, fakir miskin dan ibu tunggal.

Faizah (dua dari kanan) menyerahkan bakul makanan kepada penerima sumbangan di Majlis Penyampaian Ihsan Madani di Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis.

Iklan

"YBR cakna dengan kekangan yang dihadapi dan berharap bantuan ini menjadi medium dalam membantu keluarga kurang berkemampuan untuk menyediakan keperluan asas harian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Iklan

Ujar beliau, YBR telah memperuntukkan hampir RM600,000 pada tahun lalu bagi pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutamanya dari kalangan B40.

Faizah bersama penerima sumbangan Majlis Penyampaian Ihsan Madani di Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis.

"Semoga bantuan bakul makanan tersebut dapat meringankan beban dan sebagai tambahan daripada bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan.

"Kami di YBR sentiasa cuba membantu masyarakat memerlukan dan terus mencuba meluaskan bantuan kepada lebih ramai lagi untuk merasai manfaat,” ujarnya.