Pendakwa raya mohon pergi ke lokasi kejadian pembunuhan Zayn Rayyan

Iklan
Peguam kepada ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan, Haresh Mahadevan. Foto SINAR HARIAN HISYAMUDDIN AYUB

PETALING JAYA - Satu permohonan telah dikemukakan pendakwa raya kepada pihak mahkamah untuk pergi semula ke lokasi kejadian pembunuhan kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Peguam kepada ibu bapa Zayn Rayyan, Haresh Mahadevan berkata, perkara tersebut telah dikemukakan oleh pihak pendakwa raya, namun tarikh sebenar masih belum ditentukan hakim.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihak mahkamah akan mengaturkan tarikh sesuai untuk tujuan tersebut.

"Ibu bapa Zayn Rayyan dan pihak terlibat akan pergi ke sana (lokasi kejadian) tetapi tidak tahu bila tarikhnya.

Iklan

"Kemungkinan pada minggu hadapan pihak mahkamah aturkan tarikh untuk tujuan tersebut," katanya selepas perbicaraan kes itu ditangguhkan pada Rabu.

Sementara itu, kata beliau, proses perbicaraan kes akan bersambung semula pada Khamis di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Iklan

Menurut beliau, dua pegawai polis yang merupakan saksi keempat dan kelima kes tersebut belum habis memberi keterangan pada Rabu.

"Untuk perbicaraan esok (Khamis), pendakwa raya akan sambung dengan saksi lain (saksi baharu) untuk memberi keterangan.

"Saksi kelima dan keenam dijangka akan dipanggil selepas pergi semula ke lokasi kejadian," ujarnya.

Diatanya mengenai tugas menjadi peguam baharu kepada ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan, beliau berkata, dia dan beberapa peguam lain telah dilantik oleh ahli keluarga mangsa.