[VIDEO] Dua pengarah direman lima hari bantu siasatan kes tajaan RM2,000

Iklan

GEORGE TOWN - Seorang penjawat awam sebuah agensi kerajaan dan pengarah syarikat direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes tajaan penginapan inap desa dan bufet barbeku (BBQ) bernilai RM2,000.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri di Mahkamah Majistret Jenayah 2 di sini pada pagi Rabu.

Iklan
Iklan

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, pengarah di sebuah agensi kerajaan negeri itu menerima tajaan inap desa di Tanjung Tokong bersama bufet BBQ pada 2024.

Kedua-duanya ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang pada petang Selasa.

"Tajaan itu bagi membolehkan pemilik syarikat tersebut mendapatkan projek-projek di jabatan agensi berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Iklan

Pengarah syarikat yang berusia 37 tahun dan penjawat awam berusia 42 tahun itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang pada jam 2 petang, Selasa.

Kedua-duanya yang tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dengan baju lokap SPRM pada jam 8.55 pagi diiringi sekumpulan pegawai untuk menjalani proses reman.

Iklan

Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.