PM Israel jumpa Elon Musk sebelum bertemu Trump

Iklan
Netanyahu (kanan) dan anaknya, Yair (kiri) bergambar kenangan dengan Musk semasa mengadakan pertemuan di Washington. - Gambar X @N12

WASHINGTON - Bilionair Elon Musk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan anaknya, Yair, di sini, sejurus sebelum pemimpin Israel itu dijadualkan menghadiri mesyuarat dua hala dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Sebagai pengasas syarikat roket SpaceX dan pembuat kereta Tesla, Musk tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan AS.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, beliau menjadi personaliti yang sangat berpengaruh dalam pentadbiran Trump.

White House malah pernah merujuk Musk sebagai"pegawai khas kerajaan" - meskipun beliau tidak menerima gaji dan tidak mempunyai peranan sepenuh masa.

Iklan

Walau bagaimanapun, Trump telah memberinya akses luas kepada kemudahan dan rekod kerajaan, termasuk maklumat sulit.

"Netanyahu dan anaknya Yair dalam pertemuan dengan Elon Musk," lapor agensi penyiaran Israel, N12, dalam satu hantaran di media sosial. - Al Jazeera/Awani

Iklan