Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh

Iklan
Tanah runtuh melibatkan tiga rumah terjadi di Kilometer 6, Jalan Sangan, Tatau, malam tadi, menyebabkan penduduk dinasihati berpindah ke PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau. - Foto JBPM Sarawak

TATAU - Empat keluarga yang menghuni tiga kediaman di Kilometer 6, Jalan Sangan di sini, terselamat selepas kediaman mereka dihempap tanah runtuh lewat malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.57 malam dan segera mengatur gerak satu pasukan tiga anggota ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.

Iklan
Iklan

"Setiba di lokasi, pasukan mendapati, runtuhan tanah berlaku di bahagian ruang tamu dan bilik utama salah sebuah kediaman terbabit, namun penghuninya sempat menyelamatkan diri.

"Siasatan awal kita mendapati, sebanyak tiga rumah terjejas, membabitkan empat keluarga dan 15 mangsa,” katanya.

Runtuhan tanah berlaku di bahagian ruang tamu dan bilik utama salah sebuah kediaman terbabit, namun penghuninya sempat menyelamatkan diri. Foto JBPM Sarawak

Iklan

Setelah menilai keadaan di lokasi, katanya, pihak bomba menasihati penduduk agar berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau memandangkan situasi semasa masih berbahaya.

Ketiga-tiga keluarga termasuk tujuh kanak-kanak berpindah ke PPS dengan menaiki kenderaan persendirian, manakala satu keluarga seramai dua orang berpindah ke rumah saudara terdekat, kata Tiong. - Awani

Iklan