[VIDEO] Kos pelaksanaan PLKN 3.0 lebih rendah - Mohamed Khaled
Iklan
KUALA LUMPUR - Kos pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 lebih rendah berbanding dua siri program berkenaan sebelum ini, dengan anggaran kos bagi seorang pelatih sebanyak RM2,000.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelaksanaan PLKN 1.0 melibatkan kos tahunan RM565 juta dengan 71,300 peserta, manakala PLKN 2.0 berjumlah RM361 juta melibatkan 20,000 peserta.
Iklan
Iklan
"Bagi PLKN 3.0, kos tahunannya RM200 juta tetapi melibatkan peserta melebihi 100,000 orang kerana ia bukan sahaja dibuat di kem wataniah melalui Angkatan Tentera Malaysia tetapi ia juga dilaksanakan di universiti dan politeknik.
"Maka kos setiap pelatih jika PLKN 1.0 RM7,900 seorang, PLKN 2.0 adalah RM18,000 seorang manakala PLKN 3.0 hanya RM2,000 seorang,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Iklan
Mohamed Khaled ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Foto Bernama
Beliau menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) yang mempersoalkan mengenai kos seorang pelatih PLKN 3.0 yang tinggi serta pengisian program dalam latihan ketenteraan.
Mohamed Khaled berkata, pihaknya akan mengadakan pemantauan bagi memastikan keberkesanan PLKN 3.0 yang melibatkan pelbagai pihak.
Iklan
"Kaedah penilaian ini termasuk pemantauan semasa program, penilaian berterusan dan pengukuran selepas tamat program,” katanya.
PLKN 3.0 siri pertama 2025 yang melibatkan 120 pelatih telah dimulakan di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah Kuala Lumpur pada 12 Jan lepas.
Program itu dilaksanakan kembali selepas tujuh tahun dimansuhkan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>