Panggil bomba minta isi air dalam kon penghadang tepi jalan

Iklan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mendedahkan pihaknya ada menerima panggilan kecemasan daripada penduduk untuk mengisi air ke dalam kon penghadang plastik di tepi jalan berhampiran Jelawat, Bachok pada 23 Januari lalu.

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mendedahkan pihaknya ada menerima panggilan kecemasan daripada penduduk untuk mengisi air ke dalam kon penghadang plastik di tepi jalan berhampiran Jelawat, Bachok pada 23 Januari lalu.

Pengarah JBPM Kelantan, Farhan Sufyan Borhan berkata, walaupun permintaan tersebut dilihat remeh serta pelik, namun pihaknya tetap memenuhi permintaan oleh pemanggil.

Farhan Sufyan Borhan

Iklan
Iklan

"Ya, kami ke lokasi dan mengisi air ke dalam kon penghadang plastik itu. Ia digunakan untuk menutup jalan di kawasan tersebut.

"Bagi kami, pemanggil memerlukan bantuan. Jadi kami bantu kebetulan ketika itu tiada kecemasan yang berlaku," katanya ketika sidang akhbar pada Perhimpunan Bulan JBPM Kelantan di sini pada Selasa.

Iklan

Menurut beliau, dipercayai dengan cara mengisi air ke dalam kon tersebut dapat menghalang ia daripada bergerak atau diterbangkan angin.

Ujarnya, selain itu panggilan lain yang diterima ialah tertusuk paku, kebakaran tilam, tersepit pada kerusi plastik dan pagar masjid serta beberapa kes lagi.

Iklan