Israel dah rancang pemindahan paksa penduduk Palestin sejak 50 tahun lalu

Iklan
Rancangan itu dibuat selepas Perang Enam Hari pada 1967. - Foto: Agensi

LONDON - Dokumen sejarah Pejabat Luar daripada Arkib Negara Britain mendedahkan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) mengetahui pelan rahsia Israel tentang pemindahan paksa ke atas penduduk Palestin dari Genting Gaza ke utara Mesir sejak lebih lima dekad lalu.

Kandungan dokumen itu menunjukkan rancangan jahat tersebut dibuat rejim Zionis selepas berakhirnya Perang Arab-Israel pada 1967.

Iklan
Iklan

Presiden AS, Donald Trump yang kembali ke Rumah Putih pada bulan lalu turut mencetuskan semula pelan kontroversi tersebut di bawah rancangan 'mengosongkan' wilayah Gaza dengan mengusir penduduk Palestin secara paksa ke Kaherah dan Amman.

Pada Khamis lalu, Trump sekali lagi mendesak Mesir dan Jordan supaya menerima idea mengarut tersebut meskipun dibantah banyak pihak termasuk negara Teluk.

Iklan

Komuniti antarabangsa turut menentang keras rancangan tersebut yang disifatkan sebagai kempen pembersihan etnik terhadap penduduk Palestin dan dikhuatiri bakal menggugat kestabilan di rantau Asia Barat.

Pelarian Palestin menyeberangi Jambatan Allenby dari kawasan diduduki Israel di Jordan pada Jun 1967. Foto Agensi

Iklan

Ketika Perang Enam Hari pada 1967, Zionis menduduki beberapa wilayah negara Arab ketika konflik berskala besar tercetus pada masa tersebut.

Peperangan ganas itu berakhir setelah Israel menguasai Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur serta Semenanjung Sinai di Mesir.

Rekod milik Britain itu menganggarkan terdapat kira-kira 200,000 pelarian di Palestin yang berada di bawah jagaan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) yang diasaskan pada 1949 manakala kira-kira 150,000 yang lain merupakan penduduk asli Palestin di enklaf berkenaan.

Perang Enam Hari yang tercetus hampir enam dekad lalu telah membinasakan Gaza walaupun ia tidak berdaya maju dari segi ekonomi disebabkan masalah keselamatan pada masa tersebut.

El-Arish dipilih sebagai lokasi utama pada masa tersebut kerana ia dikatakan satu-satunya tempat mempunyai sejumlah unit rumah kosong untuk penempatan semula penduduk Palestin.

Antara 1969 dan 1971, seramai 240 pejuang Palestin terkorban manakala ratusan lain cedera ketika konflik meruncing di Gaza hingga memaksa Liga Arab campur tangan dan menggesa Zionis menghentikan kekejaman mereka ke atas pelarian Palestin di wilayah berkenaan.

Liga Arab kemudiannya mengumumkan keputusan untuk menerima langkah bersama bagi menyokong gerakan penentangan di Gaza.

Pada masa sama, Kedutaan Britain di Tel Aviv mengawasi pergerakan Israel yang mahu memindahkan ribuan penduduk Palestin ke el-Arish yang terletak di utara Sinai, kira-kira 54 kilometer dari sempadan Mesir-Gaza.

Barat kunci mulut

Objektif pelan Israel itu kononnya untuk melemahkan operasi gerakan penentangan dan memulihkan masalah keselamatan dihadapi rejim Zionis di Gaza.

Duta Britain ke Tel Aviv, Ernest John Ward Barnes memaklumkan pegawai atasannya di London tentang rancangan pemindahan pada Januari 1971.

"Perkara yang boleh dipersoalkan dari sudut undang-undang antarabangsa adalah keputusan penempatan semula sebahagian pelarian Gaza ke wilayah Mesir,” ujar Barnes yang mengecam tindakan kurang peka Tel Aviv terhadap pendapat antarabangsa.

Pada September 1971, Israel memberi respons kepada London dan mengakui rancangan untuk 'mengusir' penduduk Palestin dari Gaza ke kawasan lain terutamanya di el-Arish.

Pemimpin kanan Israel pada masa itu, Shimon Peres dengan angkuh menghebahkan rancangan yang jelas mahu menduduki enklaf berkenaan.

"Mereka akan dipindahkan untuk mengembalikan keamanan di Gaza. Kira-kira satu pertiga populasi kem pelarian Palestin akan ditempatkan semula di lokasi lain. Kita perlu kurangkan jumlah penduduk di Gaza kepada 100,000 orang,” katanya.

Ketika itu, AS dan UK juga enggan membuka mulut tentang pelan jahat itu kepada rakyat Mesir.

Selepas lebih lima dekad pelan jahat yang gagal dilaksanakan itu, populasi di Gaza sebelum perang bermula pada Oktober 2023 mencecah kira-kira 2.23 juta orang.

Difahamkan, el-Arish dipilih sebagai lokasi utama pada masa tersebut kerana ia dikatakan satu-satunya tempat mempunyai sejumlah unit rumah kosong yang pernah menjadi kediaman pegawai kerajaan untuk penempatan semula penduduk Palestin.

Sejak beberapa dekad lalu, pemerhati politik melihat Israel bergantung penuh kepada sekutunya, AS untuk melaksanakan sebarang rancangan jahat mereka, tambahan pula Washington merupakan pembekal senjata dan penyumbang dana terbesar untuk 'mesin pembunuh' Zionis di negara yang menjadi sasaran kempen pencerobohan mereka terutamanya wilayah Palestin. - Agensi