Sebar kempen banteras rasuah bersama pempengaruh, selebriti

Iklan
Zairudin

SHAH ALAM - Kerajaan perlu memperbanyakkan lagi kempen interaktif membanteras jenayah rasuah melibatkan golongan selebriti dan pempengaruh kerana mereka merupakan antara individu penting untuk menyebarkan kesedaran awam mengenainya.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim berkata, kempen tersebut penting kerana golongan itu juga merupakan manusia biasa yang mungkin terdedah kepada pelbagai tawaran dan sogokan dunia.

Iklan
Iklan

"Hal ini membabitkan sikap dan tabiat mahu kaya dengan segera, tanpa mengira latar belakang sesuatu perkara. Saya percaya pihak berkuasa menggerakkan kempen serta siasatan secara menyeluruh terhadap semua lapisan masyarakat, termasuk golongan pempengaruh serta selebriti.

"Selain daripada kempen perlu diperhebatkan, menguatkuasakan undang-undang, hukuman yang lebih berat terhadap para pesalah juga perlu, bagi mencegah kenaikan statistik perasuah dan penyalahgunaan kuasa kerana rasuah hanya menghancurkan masa depan negara kita,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa selebriti dan artis tempatan dikenal pasti mempromosikan perkhidmatan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky untuk memberikan keterangan tidak lama lagi.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, berdasarkan siasatan mendapati selebriti dan artis terbabit menerima wang daripada syarikat itu bagi tujuan promosi termasuk menjadi wajah kepada syarikat berkenaan.

Iklan

Dalam pada itu, Zairudin mengulas berkenaan kes tersebut dan berkata, masyarakat perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh serta menyiapkan kertas pendakwaan sekiranya cukup bukti serta saksi.

"Sekiranya benar mereka terlibat dalam sindiket tawaran pinjaman tersebut, ia sangat mendukacitakan kerana seharusnya menggunakan pengaruh yang ada untuk perkara yang positif, bukan sebaliknya.

"Perkara berkenaan hanya akan memberikan imej serta impak buruk kepada golongan pempengaruh tersebut, selanjutnya mengurangkan kepercayaan orang ramai terhadap artis lain yang tidak bersalah,” ujarnya.