Bot bawa 20 penumpang tidak pakai jaket keselamatan ditahan

Iklan
Seramai 20 penumpang termasuk tekong dan pembantu bot tidak memakai jaket keselamatan ditahan dalam Op IMAN pada pagi Ahad.

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Terengganu menahan sebuah bot membawa muatan berlebihan dan mengabaikan aspek keselamatan penumpang dengan tidak memakai jaket keselamatan.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abdul Majid berkata, bot dalam perjalanan dari Kuala Besut ke Pulau Perhentian itu ditahan menerusi Op IMAN, kira-kira jam 11 pagi pada Ahad.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika ditahan, bot berkenaan berada pada kedudukan 0.9 batu nautika timur laut dari muara Kuala Besut.

"Pemeriksaan lanjut mendapati bot berkenaan membawa 20 penumpang termasuk tekong, pembantu serta tujuh kanak-kanak.

Iklan

"Kita percaya, kesalahan ini dilakukan kerana pengusaha bot lebih mementingkan keuntungan berbanding aspek keselamatan penumpang," katanya di sini pada Isnin.

Antara penumpang dan tekong bot ditahan dalam Op IMAN Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu pada Ahad.

Mohd Khairulanuar berkata, tindakan segelintir pengusaha yang mengabaikan prosedur keselamatan seperti pemakaian jaket keselamatan dan penyelenggaraan peralatan kecemasan, termasuk alat pemadam api tamat tempoh mengundang risiko kehilangan nyawa pada bila-bila masa.

Iklan

Sehubungan itu, katanya pihaknya akan menjalankan pemantauan lebih ketat bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang.

"Kami memandang serius isu ini dan akan mempertingkatkan rondaan di kawasan- kawasan aktiviti pelancongan bagi memastikan keselamatan pelancong serta

mencegah sebarang insiden tidak diingini,"katanya.