Manfaat pendigitalan, waktu menunggu di klinik kerajaan dipendekkan 3 jam ke 30 minit - Dr Dzulkefly

Iklan
Kementerian Kesihatan (KKM) berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan (KKM) berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pencapaian itu dilakar menerusi tekad pelaksanaan agenda transformasi digital kesihatan.

Iklan
Iklan

Malah menurutnya, tahun ini menjadi merupakan tahun untuk bekerja dengan melaksanakan segala perancangan bagi merealisasikan agenda berkenaan.

"Dari 107 klinik antara 2007 hingga 2022 kepada 159 klinik pada 2024.

Iklan

"Awal tahun ini sahaja, ia (jumlah klinik) meningkat sebanyak 48.6 peratus dan 2025 adalah tahun pelaksanaan. Masa untuk tunaikan apa yang dijanjikan," katanya menerusi hantaran di platform X pada Selasa.

Sebelum ini Dr Dzulkefly ketika sidang Dewan Rakyat pada Mac lalu memaklumkan, KKM menyasar untuk melaksanakan transformasi digital di setiap fasiliti kesihatan seluruh negara dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.

Iklan

Ia termasuk melihat kembali semua sistem digital di KKM selain menetapkan strategi pendigitalan baharu mengikut arus teknologi terkini serta melaksana dan memantau pelaksanaan yang sudah pun dirancang.

Pengurangan waktu menunggu adalah susulan pelaksanaan CCMS (cloud-based clinical management system) di 50 klinik yang berjaya didigitalkan pada tahun 2024.

Ia dikira daripada 'check-in' di kaunter sehingga dapat berjumpa petugas kesihatan.

Klinik-klinik yang belum melaksanakan CCMS belum dapat menikmati peningkatan kecekapan (efficiency) ini.

Untuk tahun 2025, 100 klinik tambahan akan melaksanakan CCMS dengan peruntukan sebanyak RM19 juta. Lebih banyak klinik akan dapat menikmati impak digitalisasi dalam RMK13.