JERTIH - Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut dekat sini, petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih Mustafa Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.46 petang daripada orang awam dan 13 anggota bersama dua jentera serta satu lori tangki telah digerakkan ke lokasi kejadian.