Arsenal ikrar hambat habis Liverpool
Iklan
Pemain Arsenal meraikan jaringan Myles Lewis-Skelly di Emirates. FOTO: Agensi
ARSENAL melaungkan amaran sudah bersedia memburu pendahulu Liverpool selepas membelasah penyandang juara Manchester City, 5-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates.
Malah, tonggak tengah The Gunners, Declan Rice juga mengakui keazaman pemain kelab London itu kini kembali menyala selepas kemenangan besar ke atas anak buah Pep Guardiola tersebut.
Iklan
Iklan
"Liverpool masih jauh di hadapan terutamanya dengan kurang satu perlawanan diikuti kemenangan ke atas Bournemouth, jadi pasukan tiada pilihan kecuali menang semua baki perlawanan
"Ia juga lebih mengecewakan apabila dalam perlawanan seperti menentang Aston Villa, kami selesa mendahului 2-0 sebelum seri yang mungkin sekarang lebih dekat dengan Liverpool.
Iklan
"Biarpun begitu kami akan terus menekan selain memerlukan bantuan pasukan lain, begitu pun kami tahu matlamat dan akan memburu mereka seterusnya memenangi kejuaraan liga. Kami perlu kekal positif dan saya percaya pasukan akan baik-baik saja," katanya yang juga pemain terbaik perlawanan.
Gol daripada Martin Odegaard minit kedua, Thomas Partey (m-56), Myles Lewis-Skelly (m-62), Kai Havertz (-76) diikuti sentuhan pemain gantian Ethan Nwaneri (m-93) memadamkan jaringan Erling Haaland (m-55) untuk mata ke-50 kelab bimbingan Mikel Arteta tersebut.
Iklan
Kemenangan ke-14 liga selepas mengharungi 24 perlawanan menyaksikan Arsenal enam mata di belakang Liverpool kendalian Arne Slot yang menang 2-0 ke atas Bournemouth.
Arsenal yang ketinggalan dua gol selepas ini akan mengalih kempen ke saingan separuh akhir kedua Piala Liga menentang Newcastle United di Stadium St James' Park pada Khamis
Liverpool pula yang ketinggalan satu gol menanti kunjungan Tottenham Hotspur di Stadium Anfield pada Jumaat untuk satu lagi aksi separuh akhir kedua.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>