Qatar gesa pelaksanaan penuh perjanjian gencatan senjata Gaza

Iklan
Sheikh Mohammed (kanan) dan Hakan Fidan ketika sidang media bersama di Doha. Foto AFP

ANKARA - Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, pada Ahad menggesa pelaksanaan penuh perjanjian gencatan senjata Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

Bercakap pada sidang media bersama Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan di Doha, Sheikh Mohammed menekankan keperluan untuk mara ke fasa kedua perjanjian itu bagi memastikan kestabilan di rantau berkenaan.

Iklan
Iklan

Fasa pertama, yang berkuat kuasa pada 19 Januari, mengenakan gencatan senjata selama enam minggu di Gaza, menghentikan serangan maut Israel ke atas enklaf yang telah meragut lebih 47,400 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak 7 Oktober 2023.

Perjanjian gencatan senjata tiga fasa termasuk peruntukan untuk pertukaran banduan dan ketenangan yang berterusan, dengan matlamat utama untuk mendapatkan gencatan senjata kekal dan pengunduran tentera Israel dari Gaza.

Iklan
Iklan

Di bawah perjanjian itu, puak Palestin telah membebaskan 18 tawanan sebagai pertukaran untuk membebaskan ratusan tahanan Palestin yang ditahan di penjara Israel. - Bernama-AA