Suspek bunuh lelaki bakar al-Quran di Sweden dibebaskan

Iklan
Salwan Momika. Foto AFP

HELSINKI - Lima suspek yang ditahan atas pertuduhan membunuh seorang aktivis anti-Islam pada Rabu lepas di Stockholm, Sweden telah dibebaskan Pendakwa Raya Kanan negara itu, Rasmus Oman.

Menurut Rasmus, selepas siasatan dan penahanan suspek dilakukan, beliau mendapati bukti pertuduhan terhadap kelima-lima mereka agak lemah menyebabkan keputusan pembebasan terpaksa diambil.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, katanya, mereka masih terikat untuk membantu polis menjalani siasatan lanjut.

"Sebelum ini, seorang pelarian Iraq, Salwan Momika telah bertindak membakar al-Quran di hadapan khalayak ramai beberapa kali sebelum ditembak mati di sebuah rumah di bandar Sodertalje berhampiran Stockholm.

Iklan

"Perdana Menteri Sweden pada Khamis berkata, pembunuhan tersebut mungkin ada kaitan dengan kuasa asing,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, Momika pernah dibicarakan negara itu selepas dia bertindak membakar dan kencing di atas beberapa naskhah al-Quran selain turut menjadi tular di media sosial.

Iklan

Pada 2023, Sweden telah meningkatkan amaran keganasan ke tahap kedua tertinggi dan memberikan peringatan mengenai ancaman terhadap rakyatnya di dalam dan luar negara.

Langkah itu dibuat susulan insiden pembakaran al-Quran, yang kebanyakannya dilakukan oleh Momika sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam.

Dalam pada itu, Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata, sekiranya masih terdapat individu yang menghina al-Quran, dia harus bersedia menerima hukuman paling berat.