Hukum berswafoto ketika tawaf

Iklan
TERDAPAT sesetengah pandangan mengatakan, perbuatan berswafoto itu makruh dan perlu dielakkan. -Foto: CANVA/ Gambar kecil: USTAZ MUHAMAD AZLAN MD ARIS

Apakah perkara yang perlu dipelihara ketika ambil gambar saat laksanakan ibadah itu?

SOALAN:

Ustaz, saya sering melihat ada jemaah umrah yang berswafoto ketika sedang melakukan tawaf. Bolehkah kita berbuat demikian semasa sedang dalam beribadah sedemikian?

Iklan
Iklan

JAWAPAN:

RASULULLAH SAW menyifatkan perbuatan tawaf menyamai kedudukannya seperti ibadah solat. Cuma yang membezakannya ialah seseorang yang sedang melakukan tawaf dibolehkan untuk berkata-kata.

Iklan

Ia sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW: “Tawaf di sekitar Baitullah itu adalah sama seperti solat. Kecuali kamu berkata-kata di dalamnya. Maka sesiapa yang berkata-kata di dalamnya, janganlah dia bercakap melainkan yang baik sahaja.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Perbuatan merakam gambar atau berswafoto ketika melakukan tawaf untuk mengabadikan kenangan baik dan menimbulkan keinginan yang lain untuk menjadi tetamu ALLAH SWT tidaklah menjadi kesalahan.

Iklan

Begitupun, terdapat sesetengah pandangan mengatakan, perbuatan itu makruh dan perlu dielakkan agar tumpuan ibadah lebih terpelihara dan terfokus.

*Jawapan disediakan oleh Ustaz Muhamad Azlan Md Aris, Penolong Pendaftar Kanan, Unit Hal Ehwal Islam, Universiti Teknologi Mara Cawangan Pahang, Kampus Jengka