Az Zuha Group tawar promosi buat bakal jemaah

Iklan
ABDUL MALIK (dua dari kanan) memperbaharui kontrak strategik bernilai RM20 juta bersama Hotel Safwah di Arab Saudi baru-baru ini.

SEMPENA ulang tahun ke-13, Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd (Az Zuha Group) mengumumkan tawaran promosi bagi jemaah yang mahu beribadah di Tanah Suci.

Ketua Pegawai Eksekutif Az Zuha Group, Ustaz Abdul Malik Abdul Raman menjelaskan, pendaftaran boleh dilakukan sekarang untuk menunaikan ibadah umrah bermula Julai 2025 hingga Februari 2026.

Iklan
Iklan

“Di samping itu, Az Zuha juga turut menawarkan Pakej Umrah Syawal 2025 yang boleh dinikmati rakyat Malaysia pada harga mampu milik dan penuh keselesaan,” katanya baru-baru ini.

Jelas Abdul Malik, langkah itu bagi memastikan jemaah di bawah kendaliannya menikmati penginapan selesa dengan lokasi strategik dan kemudahan bertaraf antarabangsa.

Iklan

Katanya, Hotel Safwah yang terletak berhampiran Masjidil Haram sudah lama menjadi pilihan utama syarikat itu kerana reputasinya dalam memberikan perkhidmatan unggul kepada jemaah.

“Ia bukan sahaja mencerminkan kepercayaan terhadap Hotel Safwah sebagai rakan strategik, tetapi juga usaha kami untuk memastikan pelanggan dapat pengalaman terbaik sepanjang beribadah di Tanah Suci.

Iklan

“Dengan kerjasama ini, jemaah akan dapat menikmati perkhidmatan eksklusif termasuk makanan disediakan, kemudahan pengangkutan dan sokongan penuh kami,” katanya.