Rumah urut 'pilih kasih' tawar khidmat hanya AS$1

Iklan
Rumah urut China tawar urutan serendah AS$1 kepada wanita mempunyai iPhone, kereta mewah. - Gambar hiasan 123RF

BEIJING - Sebuah rumah urut di China menawarkan khidmat urut paling murah di dunia iaitu serendah AS$1 (RM4.39) kepada pelanggan wanita yang memiliki iPhone model terbaharu atau kereta mewah.

Salon di bandar Shenzhen di tenggara China juga membuat promosi kepada wanita popular di media sosial.

Iklan
Iklan

Mereka menawarkan perkhidmatan urutan detok di seluruh badan selama 80 minit dengan hanya 9 yuan (RM4.39).

Difahamkan urutan selama 80 minit di bandar biasanya berharga sekitar 200 yuan (RM120).

Iklan

Kriteria tambahan termasuk menjadi pekerja syarikat teknologi terkemuka seperti Tencent atau Huawei, memegang kerakyatkan Hong Kong atau Macau dan pernah mengembara ke Eropah atau AS.

Pengaruh media sosial dengan lebih daripada 500,000 pengikut, pengasas jenama atau kerjaya profesional seperti doktor dan jurubank, juga layak.

Iklan

Mesej dari kedai itu berkata., 'Jika anda tidak memenuhi syarat, teruskan bekerja keras pada tahun 2025!'.

Seorang kakitangan rumah itu memberitahu media di tanah besar China bahawa pakej berharga rendah itu didedikasikan kepada 'wanita yang sangat cemerlang' di Shenzhen.

Untuk melayakkan dia mendapat khidmat tersebut, pelanggan mesti menyertakan buktinya.

Sehingga berita ini ditulis, terdapat lebih daripada 100 pesanan untuk perkhidmatan itu telah dibuat pada aplikasinya. - Agensi