Empat cedera dalam insiden pesawat terbakar di Lapangan Terbang Busan

Iklan
Kebakaran pesawat Airbus A321-200 yang dijadualkan berlepas ke Hong Kong itu bermula di bahagian ekor sebelum api dilaporkan merebak ke bahagian badan pesawat terbabit - Foto: Agensi

BUSAN - Kebakaran melibatkan sebuah pesawat Air Busan pada Selasa menyebabkan empat orang cedera semasa keluar daripada jet penumpang itu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut pihak bomba, pesawat Airbus A321-200 yang dijadualkan berlepas ke Hong Kong dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan, kira-kira 320 kilometer ke tenggara Seoul, terbakar di bahagian ekor sebelum berlepas sekitar 10.26 malam (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

Kesemua 169 penumpang, enam kru dan seorang pekerja penyelenggaraan di dalam pesawat itu berjaya dibawa keluar menggunakan gelongsor berisi udara.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada 10.34 malam (waktu tempatan) dan berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran pada 11.31 malam.

Iklan

Pada awalnya, tiada kecederaan dilaporkan, namun bomba kemudian mengesahkan empat individu mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa semasa dibawa keluar, dengan dua daripada mereka menerima rawatan di hospital berhampiran.

Walaupun kebakaran bermula di bahagian ekor pesawat, api dilaporkan merebak ke bahagian badan pesawat.

Iklan

Punca kebakaran belum dapat dipastikan. Air Busan tidak pernah melaporkan sebarang kemalangan dalam tempoh lebih sedekad. - Bernama