India lancar satelit navigasi ke orbit

Iklan
India melancarkan satelit navigasi ke orbit pada misi pertama negara pada 2025 - Foto: Agensi

NEW DELHI - Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) pada Rabu mengumumkan kejayaan pelancaran satelit navigasi ke orbit, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menurut ISRO, kenderaan pelancar satelit geosegerak (GSLV) yang membawa satelit navigasi NVS-02 berlepas pada jam 6.23 pagi (0053GMT) dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota.

Iklan
Iklan

"Misi GSLV-F15/NVS-02 berjaya dicapai. India mencapai tahap baharu dalam navigasi angkasa,” menurut ISRO di platform X.

ISRO menyatakan bahawa ini merupakan pelancaran ke-100 dari Pusat Angkasa Satish Dhawan.

Iklan

Menurut ISRO, NVS-02 ialah satelit generasi baharu dalam siri Navigation with Indian Constellation (NavIC).

Tambahnya, NavIC merupakan sistem satelit navigasi serantau bebas India yang direka untuk menyediakan perkhidmatan kedudukan, halaju dan masa yang tepat kepada pengguna di India serta kawasan sekitar sehingga 1,500 kilometer dari daratan negara itu. - Bernama

Iklan