NEW DELHI - Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan lebih 50 lagi cedera apabila sebuah pentas sementara yang dipasang untuk jemaah pada satu perhimpunan agama runtuh di negeri Uttar Pradesh, utara India, pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua, memetik polis tempatan.
Beberapa wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat, Uttar Pradesh, kata polis.