Pemain warisan dari Belanda perkuat Harimau Malaya - Friend
Iklan
Robert Friend
KETUA Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend mendedahkan seorang pemain warisan dari Belanda akan memperkuatkan pasukan Harimau Malaya dalam masa terdekat.
Menurutnya, proses untuk mendapatkan pasport Malaysia bagi pemain tersebut sudah berada di peringkat akhir.
Iklan
Iklan
"Proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda itu kini berada di peringkat akhir. Tiga lagi pemain juga dalam proses mendapatkan kerakyatan.
"Kami ingin mengambil langkah yang cemerlang apabila Kelayakan Piala Asia 2027 bermula pada Mac.
Iklan
"Ia juga memberi pilihan yang lebih luas dengan pemain-pemain warisan ini akan meningkatkan peluang bagi aspirasi kami untuk membawa Harimau Malaya ke peringkat seterusnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Namun, beliau tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai pemain warisan tersebut.
Iklan
Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberikan bayangan sekurang-kurangnya lapan pemain warisan dalam radar mereka untuk menyarung jersi kebangsaan.
Dalam pada itu, Friend turut menegaskan pembangunan pemain tempatan tidak akan dipinggirkan di sebalik langkah mebawa masuk ramai pemain warisan.
"Kami tetap sama-sama komited untuk mencapai hasil dalam pembangunan pemain domestik di semua peringkat bola sepak di Malaysia.
"Walaupun naturalisasi adalah antara komponen penting dalam strategi ini namun kami tetap memahami kepentingan memupuk bakat tempatan untuk memastikan kejayaan yang mampan kepada untuk pasukan kebangsaan.
"Matlamat kami adalah untuk mewujudkan skuad seimbang dan berdaya saing yang mewakili kebanggaan dan semangat bola sepak Malaysia," jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>