PUTRAJAYA - Majikan yang merancang untuk menutup operasi perniagaan melebihi hari kelepasan am yang diwartakan sempena Tahun Baharu Cina diingatkan agar tidak memaksa pekerja untuk mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji sepanjang tempoh tersebut.
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima aduan daripada pekerja mengenai tindakan segelintir majikan yang memaksa pekerja mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji.