Razman, nantikan surat daripada peguam saya - Hannah Yeoh

Iklan
Hannah menerusi platform X memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Razman susulan kenyataannya yang menyifatkan Hannah sebagai 'anak YTL'.

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria susulan kenyataannya yang menyifatkan Hannah sebagai 'anak YTL'.

Hannah menerusi platform X berkata, fitnah tidak boleh dibenarkan menjadi satu kebiasaan terutamanya oleh orang yang beragama.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya ucapan Razman Zakaria yang menuduh saya macam-macam melebihi satu minit.

"Nantikan surat daripada peguam saya," ujarnya pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini, portal media melaporkan Razman sekali lagi mencipta kontroversi mengaitkan Hannah Yeoh dan YTL.

Namun semalam, Razman memohon maaf kepada kedua-dua pihak atas kesilapan yang dilakukannya.

Iklan

Razman yang juga Adun Semanggol mengakui terkhilaf apabila mengaitkan Hannah dengan konglomerat YTL menerusi video berdurasi 19 saat pada Ceramah Kebangkitan Rakyat di Seri Iskandar, Parit pada Ahad.