KUCHING - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Steven di daerah Tatau memasuki hari keenam operasinya dan kekal sebagai satu-satunya PPS yang masih beroperasi di Sarawak.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, seramai 34 mangsa daripada 13 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan yang dibuka sejak 23 Jan lalu, selepas kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput dilanda banjir.