PGA tahan lelaki bawa lembu seludup

Iklan
PGA berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan 10 ekor lembu selepas menahan sebuah lori dipandu seorang lelaki di Kampung Belukar, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor, Tumpat pada Isnin. - Foto: PGA

TUMPAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan 10 ekor lembu selepas menahan sebuah lori dipandu seorang lelaki di Kampung Belukar, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor di sini pada Isnin.

Tangkapan dan rampasan itu dilakukan pada jam 12.50 tengah malam menerusi penugasan Op Taring Wawasan.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata, pemeriksaan ke atas lori terbabit telah menjumpai 10 ekor lembu dengan anggaran berat lebih 6,500 kilogram (kg).

"Kami percaya lembu-lembu ini diseludup dari Thailand melalui pangkalan haram yang terdapat di kawasan Sungai Golok," katanya.

Iklan

Menurut beliau nilai keseluruhan rampasan lembu tanpa dokumen sah bersama lori itu berjumlah RM97,500.

Ujarnya, siasatan awal mendapati suspek berusia 42 tahun itu dipercayai menjadi penghantar lembu untuk pasaran tempatan.

Iklan

Nik Ros Azhan berkata, suspek dan barang rampasan diserahkan ke Kompeni Taktikal (Komtak) PGA Taman Bakti dan Jabatan Veterinar Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

"PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara," katanya.