AS lapor kejadian pertama wabak selesema burung H5N9

Iklan
AS lapor kejadian pertama wabak selesema burung H5N9 - Foto: Agensi

CALIFORNIA - Amerika Syarikat (AS) melaporkan kejadian pertama wabak selesema burung H5N9 membabitkan haiwan ternakan di sebuah ladang itik di sini, menurut Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) pada Isnin.

Laporan WOAH turut mendedahkan pihak berkuasa AS turut mengesan varian H5N1 di ladang yang sama sekitar daerah Merced, California.

Iklan
Iklan

Tambahnya, hampir 119,000 ekor burung di ladang tersebut telah dilupuskan sejak 2 Disember lalu.

Terdahulu, selesema burung patogenik tinggi (HPAI) telah merebak ke seluruh dunia yang membawa kepada pelupusan ratusan juta ayam dan haiwan ternakan lain.

Iklan

Ia juga telah merebak ke puluhan spesies mamalia termasuk lembu tenusu di AS malah menyebabkan kematian seorang individu di Louisiana.

H5N9 bagaimanapun merupakan varian yang jarang ditemui berbanding H5N1 yang telah banyak menyebabkan kerosakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Iklan

"Ini merupakan kes pertama HPAI H5N9 yang disahkan dalam haiwan ternakan di AS," kata Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) dalam laporan mereka kepada WOAH.

"Pihak berkuasa AS dengan kerjasama pegawai hidupan liar akan meningkatkan pemantauan serta menjalankan penyelidikan epidemiologi yang komprehensif sebagai tindak balas kepada kejadian berkaitan HPAI tersebut,” katanya - Agensi