Letupan bom bunuh seorang kanak-kanak, 5 cedera di Timur Afghanistan

Iklan
Seorang kanak-kanak maut manakala lima yang lain cedera selepas sebuah peranti letupan yang ditinggalkan daripada peperangan lalu meletup di daerah Zazai Aryub, wilayah Paktia di timur Afghanistan pada Ahad. Gambar hiasan Foto 123RF

GARDEZ (Afghanistan) - Seorang kanak-kanak maut manakala lima yang lain cedera selepas sebuah peranti letupan yang ditinggalkan daripada peperangan lalu meletup di daerah Zazai Aryub, wilayah Paktia di timur Afghanistan pada Ahad, lapor Xinhua.

Kanak-kanak itu menemukan objek yang menyerupai mainan dan mula bermain dengannya sebelum peranti itu meletup, menyebabkan seorang maut di tempat kejadian dan lima lagi cedera, kata jurucakap polis wilayah Munib Zadran pada Isnin, sambil menambah tiga daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Iklan
Iklan

Afghanistan yang dilanda peperangan merupakan antara negara paling tercemar dengan periuk api di dunia, dengan puluhan penduduk, kebanyakannya kanak-kanak, terbunuh atau cedera parah, sering kali mengakibatkan kehilangan anggota badan setiap bulan akibat letupan peranti letupan yang ditinggalkan dari konflik beberapa dekad lalu.

Menurut laporan Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dikeluarkan pada Oktober tahun lalu, 292 orang maut akibat letupan periuk api dan sisa bahan letupan dalam tempoh enam bulan pertama pada 2024 di Afghanistan. - Bernama-Xinhua

Iklan
Iklan