Lelaki terjatuh ketika uji bot ditemukan lemas

Iklan
Pasukan penyelamat membantu mengangkat mayat mangsa yang dijumpai terdampar di beting pasir kira-kira dua kilometer dari lokasi terjatuh.Foto Polis Rompin

KUANTAN - Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ketika melakukan ujian bot berhampiran Jeti Sungai Puteri, Kuala Rompin Sabtu lalu ditemukan lemas pada Isnin.

Mayat Syed Khalid Syed Ahmad Munshee, 50, beralamat dari Tanjung Pahang Tua, Pekan ditemukan pasukan penyelamat pada jam 11.45 pagi dalam keadaan terdampar di beting pasir.

Iklan
Iklan

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Iklan
Pasukan penyelamat membantu mengangkat mayat mangsa yang dijumpai terdampar di beting pasir kira-kira dua kilometer dari lokasi terjatuh.Foto Polis Rompin

"Susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan sejak Sabtu lalu ditamatkan jam 12.25 tengah hari pada Isnin," katanya.

Dalam kejadian yang dilaporkan jam 6.03 petang Sabtu, mangsa bersama seorang rakan dipercayai terjatuh dari bot yang sedang diuji.

Iklan

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan hilang dihanyutkan arus manakala rakannya selamat.