3,609 anggota, pegawai polis ditugaskan pada Tahun Baharu Cina

Iklan
Mohd Yusri

KUALA LUMPUR - Seramai 3,609 anggota dan pegawai polis ditugaskan dalam Op Selamat Ke-23 sempena Tahun Baharu Cina bermula 28 Januari hingga 2 Februari ini, di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, seramai 320 pegawai kanan polis dan 3,289 pegawai rendah ditugaskan dalam Op Selamat Ke-23.

Iklan
Iklan

"Kita mahu memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terjamin dengan menguatkuasakan undang-undang agar dapat mengurangkan kadar kemalangan," katanya dalam program Malaysia Hari Ini, pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 76 'blackspot' iaitu lokasi kerap berlaku kemalangan dan 407 'hotspot' lokasi kesesakan jalan raya.

Iklan

Op Selamat akan menumpukan perhatian khusus kepada enam kesalahan trafik utama yang telah dikenal pasti menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan.

Enam kesalahan trafik yang menjadi fokus polis adalah memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan ‘Q’, tidak mematuhi lampu isyarat, dan menggunakan alat komunikasi semasa memandu.

Iklan