Larangan jual arak solusi gejala sosial - ABIM

Iklan
Kawalan juga perlu dibuat dengan mekanisme terbaik yang tidak membawa kepada permasalahan lain seperti penjualan arak tanpa lesen yang berleluasa dan sebagainya. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Pelaksanaan dasar larangan penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk beragama Islam merupakan sebahagian daripada solusi kepada gejala sosial yang semakin membimbangkan.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim berkata, ia juga bertujuan mengelakkan kemalangan membabitkan pemandu mabuk yang meragut banyak nyawa pengguna jalan raya.

Iklan
Iklan

"Kita boleh merujuk kepada contoh penguatkuasaan undang-undang di negara lain seperti Australia, United Kingdom dan Singapura yang meletakkan syarat lebih ketat berhubung penjualan arak ini.

"Bagaimanapun, kawalan ini perlu dibuat dengan mekanisme terbaik yang tidak membawa kepada permasalahan lain seperti penjualan arak tanpa lesen yang berleluasa dan sebagainya," katanya.

Iklan

Sebelum ini, pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada atau status quo berhubung isu penjualan minuman keras di premis perniagaan dalam kawasan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ketetapan itu bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum selain mengelak dijadikan sentimen politik.

Iklan

Terdahulu, pelaksanaan dasar larangan penjualan minuman keras di dalam kawasan majoriti penduduk beragama Islam seperti dicadangkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menarik perdebatan pelbagai pihak termasuk beberapa pemimpin politik parti kerajaan dan pembangkang.

Media melaporkan, mesyuarat di peringkat MBI telah meluluskan dasar untuk membuat kajian jika terdapat tuntutan penduduk majoriti Muslim sebelum larangan penjualan minuman keras dikuatkuasakan.