UMNO cadang had umur anggota sayap Puteri 40 tahun - Khaled Nordin

Iklan
Mohamed Khaled (duduk tengah) bergambar kenangan bersama pemimpin UMNO Negeri Sembilan.

SHAH ALAM - UMNO bercadang mengubah kaedah pemilihan parti dan menaikkan had umur anggota sayap Puteri kepada sehingga 40 tahun berbanding maksimum 35 tahun sekarang.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cadangan berkenaan juga sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincangkan serta diperhalusi secara mendalam.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Pengerusi Biro Perlembagaan dan Keahlian parti itu berkata, UMNO Pusat akan meneliti pandangan serta syor dikemukakan oleh pemimpin parti di peringkat negeri dan bahagian.

"Dalam memperkasakan parti, UMNO sentiasa terbuka meneliti sebarang cadangan melalui usul yang dikemukakan. Ini termasuklah cadangan menaikkan had umur Puteri UMNO kepada 40 tahun dan mengubah kaedah pemilihan pucuk pimpinan UMNO.

Iklan
Mohamed Khaled (enam dari kiri) bergambar kenangan bersama pemimpin sayap Puteri UMNO Negeri Sembilan

"Segala usaha penambahbaikan seumpama ini sudah tentunya bagi melihat parti terus kuat dan kukuh, khususnya dalam mendepani cabaran dan memenuhi keperluan politik semasa," katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya.

Mohamed Khaled berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama barisan kepimpinan UMNO Negeri Sembilan di Seremban.

Iklan

Pertemuan itu turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan merangkap Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan pemimpin lain.

Untuk rekod, mengikut perlembagaan parti sedia ada had umur maksimum anggota Puteri UMNO ialah 35 tahun manakala Ketua Puteri dibolehkan mencecah 40 tahun.