Lima penyamun pukul mangsa hingga cedera diberkas

Iklan
Lima lelaki termasuk empat warga asing diberkas kerana dipercayai terlibat dalam kejadian samun berkumpulan di kawasan Pasir Gudang di Johor Bahru, pada Khamis. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Lima lelaki termasuk empat warga asing diberkas kerana dipercayai terlibat dalam kejadian samun berkumpulan di kawasan Pasir Gudang di sini, pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, kesemua lelaki berusia 29 hingga 62 tahun itu ditahan hasil maklumat yang diperoleh berhubung kejadian samun tersebut.

Iklan
Iklan

"Mengikut laporan polis, ketika mangsa berada di rumah, dia telah didatangi kesemua suspek yang kemudiannya bertindak memukul mangsa sehingga mengalami kecederaan di bahagian badan.

"Polis turut merampas enam telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad bank, dokumen peribadi mangsa, empat kad urusan penghantaran wang luar negara dan ujian air saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah; namun hasil semakan rekod lampau mendapati suspek warga tempatan mempunyai satu rekod jenayah dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari mulai Jumaat hingga Isnin ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 349 Kanun Keseksaan – menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan.

Iklan

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.