Perhilitan tangkap gajah liar dalam kebun getah di Setiu

Iklan
Perhilitan Terengganu berjaya menangkap seekor gajah jantan yang berkeliaran di Kampung Payong, dekat Sungai Tong, Setiu pada jam 4.30 petang semalam - Gambar hiasan

BANDAR PERMAISURI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor gajah jantan yang berkeliaran di Kampung Payong, dekat Sungai Tong, Setiu pada jam 4.30 petang semalam.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, gajah dewasa itu ditangkap berhampiran kebun getah, susulan laporan yang diterima pihaknya pagi semalam daripada penduduk kampung.

Iklan
Iklan

"Gajah tersebut adalah gajah pertama yang ditangkap di Terengganu pada tahun ini.

"Mamalia berkenaan akan dipindahkan ke habitat asalnya bagi kemandiriannya dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Iklan
Iklan

Sementara itu, seorang penduduk Rahman Harun, 53, menarik nafas legas apabila haiwan tersebut berjaya ditangkap Perhilitan dan penduduk tidak takut lagi untuk ke kebun masing-masing. - Bernama