BEREGU wanita negara, Pearly Tan - M Thinaah meneruskan momentum positif apabila mara ke saingan separuh akhir Indonesia Masters di Jakarta sebentar tadi.
Kejayaan tersebut hadir selepas pasangan nombor tujuh dunia itu menumpaskan juara Terbuka Malaysia 2025 dari Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dalam saingan suku akhir.