Satu maut, empat cedera dalam kejadian tembak di Pantai Morib

Iklan
Seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kejadian tembak di kawasan Pantai Morib, Kuala Langat, Selangor pada Jumaat.Foto hiasan

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kejadian tembak pada Jumaat.

Difahamkan tiga lelaki dipercayai warga Indonesia mengalami kecederaan dalam kejadian tembak di kawasan Pantai Morib, Kuala Langat, Selangor.

Iklan
Iklan

Mereka adalah antara lima mangsa kejadian kes tembak tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian tembakan itu dipercayai berlaku pada awal pagi Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, seorang daripada lima mangsa dalam kejadian itu disahkan mati di tempat kejadian.

"Empat yang mengalami kecederaan telah dihantar ke dua buah hospital bagi mendapatkan rawatan.

Iklan

"Tiga orang telah dihantar ke Hospital Sultan Idris Shah (Hospital Serdang) dan seorang lagi dihantar ke Hospital Klang bagi mendapat rawatan lanjut," katanya pada Jumaat.

Kata beliau, pihak polis pada masa ini menerusi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan IPD Sepang sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tembak tersebut.