Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 sehingga 30 Januari. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Januari (Isnin) sehingga 30 Januari (Khamis).

MetMalaysia menerusi kenyataan pada Jumaat memaklumkan di Sarawak, ia melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

Iklan
Iklan

Keadaan sama juga diramal berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat. - Bernama