KOTA BHARU - Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.
Menurut sumber, suspek meminta wang itu daripada seorang lelaki yang ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952, baru-baru ini.