'Hati daddy memelukmu selamanya...' - Fattah Amin

Iklan
Perkongsian foto yang dimuat naik Fattah pada Rabu.

PERKONGSIAN aktor tinggi lampai, Fattah Amin mengenai anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya, 5, pada Rabu telah menarik perhatian ramai.

Masakan tidak, walaupun seketika, pemilik nama penuh Abdul Fattah Mohd Amin, 35, dapat melepaskan kerinduan.

Iklan
Iklan

"Fatima, jangan bersedih meski tadi daddy memeluk dirimu sejenak sahaja.

"Yang perlu kamu tahu, hati daddy memelukmu selamanya,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Iklan
Perkongsian foto dimuat naik Fattah di Instagram miliknya pada Rabu.

Rata-rata tersentuh dengan hantaran swafoto Fattah bersama Fatima dan berharap kasih sayang mereka kekal sampai bila-bila.

"Syukur alhamdulillah Ya ALLAH. Dapat juga Fattah lepaskan rindu peluk Fatima walaupun seketika. Kasih ayah buat anak akan terus mekar selamanya sampai ke syurga," ujar seorang pengikut.

Iklan

"Semoga ALLAH permudahkan segala urusan Fattah dan anakandanya, Fatima selalu," tulis salah seorang pengikut.

Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 7 Oktober lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.