Awas eja nama pada nombor pendaftaran seperti 'mami, wati'!

Iklan
Stien Van Lutam (duduk dua kanan) dan Dzowahir (duduk dua kiri) semasa sidang media selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina peringkat Negeri Kedah pada Khamis.

SUNGAI PETANI - Pemilihan nombor pendaftaran kenderaan kreatif seperti menggambarkan perkataan nama pemilik, berisiko dikenakan tindakan saman jika didapati tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Stein Van Lutam berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan bawah Kaedah 6 (7) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959.

Iklan
Iklan

"Penggunaan nombor yang kelihatan seperti nama ini adalah salah satu kreativiti rakyat Malaysia... selagi boleh eja nama untuk nombor plat yang kita sediakan, sudah tentu ada tendency (kecenderungan) untuk itu, tetapi bagi kita, ia melanggar peraturan mana-mana pihak yang modifikasi menggunakan nombor 'fancy' untuk kenderaan, kita akan tetap saman.

"Satu kes beberapa hari lepas (dikenal pasti) di Kedah... ada beberapa perkataan lain yang pernah kelihatan di atas jalan raya seperti 'mami' dan 'wati'," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Program Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Perayaan Tahun Baru Cina peringkat Negeri Kedah 2025 di Tapak Pasar Pagi Taman Intan di sini pada Khamis.

Pengunjung mendapatkan topi keledar kanak-kanak yang mematuhi piawaian Sirim.

Iklan

Hadir sama Exco Pertanian, Peladangan dan Pengangkutan, Dzowahir Ab Ghani.

Menurut Dzowahir, sebanyak 100 buah topi keledar dewasa dan 30 kanak-kanak diserahkan kepada pengunjung bagi menggantikan topi keledar lama.

"Hari ini kita buat program keselamatan jalan raya bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keselamatan jalan raya.

"Topi keledar yang tidak sesuai digunakan dan tidak menepati piawaian Sirim (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia) ditukar dengan topi keledar bersesuaian," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan sebuah kenderaan memaparkan nombor pendaftaran menggunakan perkataan yang menunjukkan nama seorang wanita disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah kerana tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Wanita berusia 30-an yang juga pemilik kereta itu mengaku bahawa nombor pendaftaran terbabit adalah pemberian suaminya.